Lima belas tahun lepas, ketika bermulanya saya di dalam bidang perniagaan, saya yakin dalam tempoh sepuluh tahun saya pasti sudah berjaya dan kaya. Dengan tiada latarbelakang dunia perniagaan, saya menceburi bidang ini atas rasa mahu menjadi usahawan tanpa tahu bahawa cabarannya amat getir. Cabaran-cabaran yang ditempuhi mendidik saya untuk menjadi insan yang kuat walaupun tidak kebal. Dari perniagaan konvensional dan sekarang ke perniagaan multilevel, banyak pahit dan manis telah dikecapi.
Melalui pelbagai liku kehidupan, kami dikurniakan 3 orang anak gadis manis yang seiras. Saya amat bersyukur, permata hati kami iaitu S.Aqidah Zawani, S.Aqilah Zawanah dan S.Atikah Zalikha sangat memahami dan baik budipekertinya. Sedari kecil kami telah mendidik mereka untuk bersifat rendah diri, berdikari dan berjimat. Seawal usia 8 tahun anak saya telah disekolahkan disekolah berasrama. Walaupun ketika itu, kami sebagai ibubapa sangat berat hati untuk melepaskan mereka hidup sendiri tetapi bagi menjamin mereka mendapat pelajaran dan pembangunan insan yang sempurna, kami tabahkan hati. Alhamdullillah, kami sangat berbangga mempunyai anak-anak yang sanggup berkorban dan saya selalu mendoakan kejayaan dalam kehidupan mereka kelak.
And today, how lucky people in cyber age because can start business by the way more easy to go through internet. BORDERLESS WORLD.
Along through various life together, we had given 3 daughters chick identical. I am grateful, that our kids, S.Aqidah Zawani, S.Aqilah Zawanah and S.Atikah Zalikha very understanding and good behaviours. We have educate them to be humble, self-reliance and thrifty. As early as 8 years old, my daughters has been in boarding schools. Although at that time, we as parents very worry to release their live in own lives but to ensure they get full attention on their study and good human development , we had to be strong. Alhamdullillah thank to God, we are very proud to have children who are willing to sacrifice and I always pray for their success in their future life.
1 ulasan:
Akak, pendaftaran percuma masih dibuka?
Catat Ulasan